IPOH, 27 Mac (Hrkh) � PAS bertanggungjawab mendedahkan kepincangan dan ketidakadilan yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun terpaksa berdepan dengan tindak balas dari BN yang ada kalanya dilihat tidak langsung menampakkan amalan demokrasi berjalan dengan baik di negara ini.
Iklan | |
| |
Isu kenaikan harga barang keperluan, bahan bakar dan kadar tol perlu dijelaskan kepada rakyat dan rakyat berhak menyuarakan rasa ketidakpuasan hati dengan mengadakan demontrasi secara aman.
�Mengapa hak rakyat dinafikan, mereka dikasari dan ditangkap semata-mata untuk menzahirkan rasa tidak puas hati dengan kenaikan harga petrol dan tol?�
Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang, yang ditemui wartawan Harakah selepas menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri, di Pejabat PAS di sini baru-baru ini.
PAS sebagai pertubuhan politik yang sah dari segi undang-undang berkewajipan menerangkan perkara yang sebenarnya kepada rakyat agar masyarakat umum tidak terkeliru dan tertipu dengan dakyah BN.
�Kita tidak ada banyak media, cuma ada Harakah, itu pun dikenakan dengan pelbagai tekanan, kita terpaksa menggunakan `pentas ceramah� untuk menerangkan pelbagai isu yang menyentuh kepentingan rakyat, inilah saluran yang ada pada kita dan PAS akan terus menggunakan pentas ceramah bagi menjelaskan segala kepincangan dan ketidakadilan pemerintahan BN,� jelasnya.
Menurutnya lagi, persoalan rasuah yang kian melanda negara memerlukan PAS bangkit untuk menyuarakan pandangannya walaupun Perdana Menteri, Datuk Sri Abdullah Badawi berikrar akan membenterasnya hingga ke akar umbi.
�Banyak kes rasuah yang berprofil tinggi tidak diambil tindakan oleh kerajaan khususnya Perdana Menteri sendiri, jadi macam mana rakyat hendak percaya,� ujarnya.
�Isu yang hangat diperkatakan kini ialah FTA, PAS akan menerangkan bahaya yang akan menimpa rakyat sekira perjanjian FTA ditandatangani, rakyat perlu diberi penerangan yang terperinci, kerana itu PAS tidak akan berhenti dari memperkatakan isu ini kerana ia melibatkan kepentingan rakyat dan negara,� jelasnya.
Sehubungan itu tambahnya, PAS akan terus bersuara menentang penyalahgunaan kuasa, rasuah, ketidakadilan dan kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah BN kerana persoalan kepentingan rakyat dan negara mendesak PAS untuk memperjelaskan kebenaran. -

No comments:
Post a Comment