Wednesday, January 7, 2009

percayakah?

RANTAU PANJANG: Calon bebas bagi Parlimen Rantau Panjang pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu Isma Airfath Hasanuddin membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan bahawa beliau ditaja oleh beberapa individu dalam Umno untuk bertanding kerusi parlimen berkenaan.

Isma Airfath, 38, yang lebih dikenali sebagai 'Kosing' dan menggunakan logo 'kepala harimau' semasa pilihan raya umum itu, membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah Pasir Mas pukul 5 petang semalam dengan mendakwa tanda tangannya telah dipalsukan dalam sepucuk surat pengakuan yang dikemukakan kepada Lembaga Disiplin Umno.

Kerusi Parlimen Rantau Panjang dimenangi oleh calon PAS Siti Zailah Mohd Yusof selepas menewaskan calon Barisan Nasional Mohd Afandi Yusof dan calon Bebas, Isma Airfath pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

"Saya tidak pernah menulis surat pengakuan sebagaimana yang dikemukakan kepada Lembaga Disiplin Umno mengatakan saya ditaja untuk bertanding dengan bayaran tertentu.

"Saya menafikan apa yang terkandung dalam surat pengakuan itu malahan tanda tangan saya juga dipalsukan," kata Isma Airfath kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau juga mendakwa tidak pernah berjumpa dengan empat anggota Umno Rantau Panjang yang digantung satu penggal pemilihan oleh lembaga disiplin parti itu baru-baru ini.

"Untuk bertanding pada pilihan raya umum lalu saya mengeluarkan perbelanjaan sendiri dan tiada kena-mengena dengan mereka yang berkenaan," katanya.

Beliau percaya surat pengakuan yang menggunakan namanya itu didalangi pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan maruahnya dan ekoran surat pengakuan itu juga, empat anggota Umno yang teraniaya telah digantung keanggotaan mereka.

Lembaga Disiplin Umno yang dipengerusikan oleh Tengku Tan Sri Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail memutuskan Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang, Datuk Mohd Zain Ismail, Bendahari Umno bahagian, Ghazali Ismail; Anggota Jawatankuasa Umno bahagian (dilantik), Fauzi Omar dan Ketua Wanita Umno bahagian, Pauziah Che Wook digantung keahlian selama tiga tahun daripada 22 September lalu atau satu penggal pemilihan.

Hukuman berkenaan berdasarkan Perkara 5 Tataetika Ahli dalam Perlembagaan Umno kerana didapati melakukan kesalahan rasuah politik. BERNAMA

kena berani utk demokrasi

IPOH, 27 Mac (Hrkh) � PAS bertanggungjawab mendedahkan kepincangan dan ketidakadilan yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun terpaksa berdepan dengan tindak balas dari BN yang ada kalanya dilihat tidak langsung menampakkan amalan demokrasi berjalan dengan baik di negara ini.

Iklan

Isu kenaikan harga barang keperluan, bahan bakar dan kadar tol perlu dijelaskan kepada rakyat dan rakyat berhak menyuarakan rasa ketidakpuasan hati dengan mengadakan demontrasi secara aman.

�Mengapa hak rakyat dinafikan, mereka dikasari dan ditangkap semata-mata untuk menzahirkan rasa tidak puas hati dengan kenaikan harga petrol dan tol?�

Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang, yang ditemui wartawan Harakah selepas menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri, di Pejabat PAS di sini baru-baru ini.

PAS sebagai pertubuhan politik yang sah dari segi undang-undang berkewajipan menerangkan perkara yang sebenarnya kepada rakyat agar masyarakat umum tidak terkeliru dan tertipu dengan dakyah BN.

�Kita tidak ada banyak media, cuma ada Harakah, itu pun dikenakan dengan pelbagai tekanan, kita terpaksa menggunakan `pentas ceramah� untuk menerangkan pelbagai isu yang menyentuh kepentingan rakyat, inilah saluran yang ada pada kita dan PAS akan terus menggunakan pentas ceramah bagi menjelaskan segala kepincangan dan ketidakadilan pemerintahan BN,� jelasnya.

Menurutnya lagi, persoalan rasuah yang kian melanda negara memerlukan PAS bangkit untuk menyuarakan pandangannya walaupun Perdana Menteri, Datuk Sri Abdullah Badawi berikrar akan membenterasnya hingga ke akar umbi.

�Banyak kes rasuah yang berprofil tinggi tidak diambil tindakan oleh kerajaan khususnya Perdana Menteri sendiri, jadi macam mana rakyat hendak percaya,� ujarnya.

�Isu yang hangat diperkatakan kini ialah FTA, PAS akan menerangkan bahaya yang akan menimpa rakyat sekira perjanjian FTA ditandatangani, rakyat perlu diberi penerangan yang terperinci, kerana itu PAS tidak akan berhenti dari memperkatakan isu ini kerana ia melibatkan kepentingan rakyat dan negara,� jelasnya.

Sehubungan itu tambahnya, PAS akan terus bersuara menentang penyalahgunaan kuasa, rasuah, ketidakadilan dan kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah BN kerana persoalan kepentingan rakyat dan negara mendesak PAS untuk memperjelaskan kebenaran. -

krisis ketua bahagian yg x sudah2..

ketua bahagian yg lama masih lg tdk puas hati tentang isu penggantungan ahli akibat dari sabotaj pru12 yg lepas..
dan ada yg mengesyorkan supaya dibuat undi tak percaya kepada ketua bahagian yang baru..
sejauh mana anda bersetuju?

kepada rakyat rantau panjang

ketua bahagian umno rantau panjang sudah bertukar,
kalo ade ape2 komen, ketidakpuasan hati, aduan, kata2 semangat yang ingi diluahkan di umno bahagian rantau panjang, sila tulis disini..
tp..
awas..
tdk dibenarkan mengeluarkan perkataan menghina dan mengaibkan org lain..
sekian dari saya..
salam.
fionabn